Artikel & Info
Mencipta & Menjaga Katalaluan
Petikan dari Majalah PC (Mac 2008) Perkara seperti ini boleh berlaku kerana kecuaian, sambil lewa atau merasakan kata laluan itu tidak penting. Apa yang pasti, kata laluan adalah kunci untuk sesuatu akaun. Jika ia dibiarkan terdedah, sudah pasti akaun itu tidak selamat dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Ini termasuklah rakan sekerja, pelawat, atau sesiapa sahaja yang berniat tidak baik untuk menyalahgunakannya. Tidak kira bagaimana anda menganggapnya, ia adalah pelanggaran aspek keselamatan yang serius malah berpotensi menyebabkan kejadian tidak diingini. Selain melindungi kata laluan tersebut, anda perlu menjadikannya lebih kukuh dan menukarkannya selalu, jika dirasakan perlu. Seboleh-bolehnya, kata laluan anda tidak mengandungi maklumat peribadi seperti nama dan tarikh lahir. Kata laluan juga tidak sepatutnya berisi maklumat yang mudah diteka, berulang atau secara berturutan (seperti “111111”, “123456”, “abc123”). Elakkan menggunakan kata laluan yang terdiri daripada tiga huruf sahaja kerana kata laluan dianggap lemah jika terdiri daripada kurang enam aksara (panjangnya).
Terakhir dikemaskini (Rabu, 24 Mac 2010 08:34)
|
|
|