Perubahan Setting Untuk Emel Client MS Outlook, Outlook Express & Mozilla Thunderbird

 

Y.B. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat perubahan cara setting emel untuk emel client (MS Outlook, Outlook Express, Mozilla Thunderbird atau sebagainya). Perubahan tersebut adalah seperti berikut:

Incoming mail (POP)

Port: dari 110 tukar ke 995

Using secure connection: SSL

Outgoing mail (SMTP)

Port: dari 25 tukar ke 465

Using secure connection: SSL

(rujuk gambarajah dibawah)

Sehubungan dengan itu, semua pengguna emel dikehendaki menukar setting tersebut segera untuk mengelak masalah tidak menerima atau menghantar emel. Walaubagaimana pun perubahan ini tidak melibatkan penggunaan emel melalui webmel Zimbra.

Perubahan ini adalah bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dari aspek capaian dan penghantaran emel.

Sebarang masalah sila layari http://khidmatemel.perak.gov.my

  

Outlook Express

Dari Menu Toolbar, select Tools > Account > select Mail tab > select account pop.perak.gov.my > click properties > select Advance tab

Dalam bahagian "Server Ports Number", untuk "outgoing mail (SMTP)", tukarkan dari 25 ke 465 manakala untuk "incoming mail (POP3)", tukarkan dari 110 ke 995. Select "This server requires a secure connection (SSL)" bagi kedua -dua incoming dan outgoing.

 

Microsoft

Outlook Office 2007

Dari Menu Toolbar, select Tools > Email Account > view or change existing email accounts > select account name (perak.gov.my) > click Change> More Setting > select advance tab

Office 2003

Dari Menu Toolbar, select Tools > Account Setting > select Email tab > select account name (perak.gov.my) > click Change> More Setting > select Advance tab

Dalam bahagian "Server Ports Number", untuk "incoming server (POP3)", tukarkan dari 110 ke 995 manakala untuk "outgoing server (SMTP)", tukarkan dari 25 ke 465. Select "This server requires a secure connection (SSL)" bagi kedua -dua incoming dan outgoing.

Mozilla Thunderbird

Incoming mail

Dari Menu Toolbar, select Tools>Account Setting>Server Setting Dalam "bahagian security setting", "use secure connection", pilih SSL dan secara automatik port akan bertukar dari 110 ke 995. 

 

Outgoing mail

Dari Menu Toolbar, select Tools>Account Setting>Outgoing server>select smtp.perak.gov.my>edit

Dlm bahagian "security & authentication", "use secure connection" pilih SSL dimana default port untuk SSL adalah 465.

  

Harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t
Pentadbir Emel Perak
Bahagian Teknologi Maklumat,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Tel (Pej) : 05-2531957 / 05-5225070
Faks : 05-2414869

Terakhir dikemaskini (Isnin, 29 Mac 2010 15:13)

 
Undian
Apakah emel client yang menjadi pilihan anda?