Terma Dan Syarat Perkhidmatan

 

Perkhidmatan e-mel ini disediakan kepada semua warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak tertakluk kepada Tatacara Dan Etika Penggunaan Emel Negeri Perak yang merupakan maklumat tambahan kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1/2003 Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan; bagi memenuhi keperluan persekitaran khusus bagi pengguna e-mel di Perkhidmatan Awam Negeri Perak dan kedua-duanya hendaklah dirujuk serta dibaca bersama.

Sehubungan dengan itu, semua pengguna adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat perkhidmatan tersebut yang boleh dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa tanpa notis kepada pengguna.

Pengguna akan menerima katalaluan dan akaun setelah membuat permohonan dan disokong oleh Ketua Jabatan/Pejabat/Bahagian masing-masing. Pengguna adalah bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan katalaluan atau akaun masing-masing pada setiap masa.

Pengguna perlu memaklumkan segera kepada helpdesk_email[a]perak.gov.my sekiranya wujud sebarang kebocoran, penyalahgunaan atau penyamaran katalaluan, atau sebarang pelanggaran keselamatan. Sila pastikan anda "logout" dari akaun pada akhir setiap sesi.

Pengguna mengetahui bahawa pihak Jabatan ada melakukan pemantauan atas e-mel yang melalui sistem e-mel jabatan serta penggunaannya pada setiap masa dan menapis atau menyekat e-mel yang tidak dibenarkan; seperti pornografi, ber-virus dan spam.

Pengguna bersetuju di bawah sebarang keadaan dan tanpa notis Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak melalui Bahagian Pengurusan Maklumat berhak menamatkan sebarang akaun dan capaian ke atas sistem e-mel sekiranya berlaku penyalahgunaan dan pelanggaran terma-terma perkhidmatan. Ini bagi menjamin kebolehsediaan pada setiap masa dan kelancaran serta keselamatan sistem e-mel jabatan sentiasa terjamin.

Dengan menggunakan sistem e-mel jabatan ini, bermakna anda telah bersetuju dengan terma-terma perkhidmatan diatas.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 24 Mac 2010 08:31)

 

Isu Security Certificate Bagi Pengguna Internet Explorer

 

Jika anda pengguna Web-browser Internet Explorer sila klik continue to this website untuk paparan login

Terakhir dikemaskini (Isnin, 29 Mac 2010 14:57)

 

Isu Security Certificate Bagi Pengguna Mozilla Firefox

 

Jika anda pengguna web-browser Mozilla Firefox sila klik seperti ditunjukkan dibawah untuk menerukkan ke paparan login

1. Or you can add an exception

2. Add exception

3. Get Certificate

4. Confirm security exception

Terakhir dikemaskini (Selasa, 05 Januari 2010 09:40)

 
Undian
Apakah emel client yang menjadi pilihan anda?